|
Syarat & Terma eBook Raja Affiliate
Sila fahamkan syarat
dan terma eBook Raja Affiliate di bawah. Dengan membuat pembelian
eBook Raja Affiliate, ini bererti anda telah mematuhi dan menyetujui
syarat & terma yang telah ditetapkan.
eBook Raja Affiliate.
eBook Raja
Affiliate mengandungi teknik-teknik yang digunakan oleh kebanyakan
Affiliate Marketer yang berjaya dalam melakukan promosi produk
Affiliate mereka.
Harga tetap eBook
Raja Affiliate adalah RM50.00. Namun, jika terdapat sebarang
aktiviti promosi, harga ini mungkin berubah mengikut promosi yang
dilakukan.
eBook Raja
Affiliate hanya boleh diperolehi menerusi
http://www.RajaAffiliate.com
atau daripada senarai agen reseller yang sah seperti yang tersenarai
di http://www.RajaAffiliate.com/resellerlist.htm
Segala bonus
istimewa yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dalam eBook Raja
Affiliate. Ianya adalah sampingan sahaja dan mungkin boleh hilang
pada bila - bila masa sahaja.
Pembeli SAH
eBook Raja Affiliate sahaja yang layak menerima sebarang versi
terbaru produk dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang
secara PERCUMA.
eBook
Raja Affiliate adalah produk berbayar dan terkandung HAK CIPTA.
Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama
sekali. Pengguna yang mendapatkan eBook Raja Affiliate secara tidak
sah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang - undang
Malaysia.
Pembeli eBook Raja Affiliate
Setiap pembeli adalah terikat
dengan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini serta pada
setiap panduan eBook Raja Affiliate.
Pembayaran hendaklah dilakukan
dengan jumlah harga yang tepat.
Pembeli adalah
DILARANG
menyebarkan eBook Raja Affiliate secara haram sama ada menjualnya
semula atau menyebarkannya secara percuma dalam apa jua bentuk
sekalipun tanpa kebenaran daripada pihak RajaAffiliate.com
Pembeli haruslah memberikan butiran
lengkap yang diminta ketika membuat pembelian eBook Raja Affiliate
sebagai rujukan kami. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta
terpelihara bersama kami.
Setiap informasi / link download /
Produk / Bonus yang ditawarkan adalah hak milik pembeli seorang
sahaja dan tidak dibenarkan dikongsikan bersama pihak lain.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak pembeli hilang sama
sekali.
Pembeli akan menerima setiap
updates eBook Raja Affiliate keluaran RajaAffiliate.com menerusi
email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan
ketika pengesahan pembelian.
Pembeli layak menerima Support /
Bantuan khas daripada WebJualan.com berdasarkan panduan yang telah
disediakan sahaja.
Hak Istimewa pembeli akan terbatal
sama sekali jika melanggar mana - mana syarat yang telah ditetapkan
oleh RajaAffiliate.com
Hak Cipta eBook Raja
Affiliate
eBook Raja Affiliate
adalah produk yang dibangunkan oleh RajaAffiliate.com dan mempunyai
hak cipta terpelihara.
eBook Raja Affiliate harus dibeli
daripada pemilik asal ataupun daripada agen reseller yang sah
seperti yang tersenarai di
http://www.RajaAffiliate.com/resellelist.htm.
eBook Raja Affiliate tidak
dibenarkan disebar secara percuma dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tiada mana - mana bahagian
dibenarkan disalin, dicetak, ditiru dalam apa jua bentuk sekalipun
tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Jaminan Pulangan Wang
Setiap pembeli berhak mendapatkan
pulangan wang kembali dalam tempoh 14 hari selepas pembelian
NAMUN perlu besertakan beberapa syarat dibawah.
- Telah mencuba segala teknik
dan panduan yang diberikan dengan bersungguh - sungguh pada
eBook Raja Affiliate yang dibeli.
- Membuktikan usaha yang
dilakukan menerusi laman web yang dibuat.
- Memadam / delete kesemua file
Pakej Web Jualan termasuk Bonus - Bonus Percuma yang diperolehi
dari komputer pembeli.
Wang akan
dikembalikan dalam tempoh 7 Hari selepas pembeli telah mengikut
syarat yang ditetapkan diatas dengan membuat pengesahan kepada pihak
RajaAffiliate.com
|