Halaman Utama  |  Kenali Saya  |  Hubungi |  Pembelian  |  Blog  |  Affiliate Login  |  Peel Away Ads

SOALAN LAZIM

 

Saya berminat untuk mendapatkan eBook ini, bagaimanakah caranya?
 

Jawapan : Ada 2 langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan ebook ini.

Langkah 1 : Membuat Bayaran
Anda boleh membuat bayaran secara bank-in / ATM Transfer / ATM Deposit / Perbankan Internet (Maybank2u/ CIMBClicks/ BankIslam.com.my) 

Langkah 2 : Isi Borang Pengesahan Bayaran
Selepas anda membuat pembayaran, sila isikan borang pengesahan bayaran yang terdapat di bahagian bawah di page
http://www.RajaAffiliate.com/order

Kami akan menyemak maklumat pembayaran anda sebaik sahaja menerima borang "Pengesahan Bayaran" tersebut. Jika tiada masalah, kami akan menghantarkan email yang mengandungi link untuk anda mendownload ebook tersebut.

 

Berapa lamakah jangkamasa untuk pihak anda menyemak maklumat bayaran saya dan seterusnya menghantarkan email yang mengandungi username & password tersebut kepada saya?
 

Jawapan : Jika tiada sebarang masalah dengan bukti pembayaran anda, kami akan menghantarkan email tersebut dalam masa 24 jam dari masa anda mengisi borang pengesahan bayaran dan selewat-lewatnya 48 jam.

 

Bagaimanakah jika saya tidak menerima sebarang email dari pihak anda selepas 24 jam?
 

Jawapan : Anda boleh menghubungi kami melalui email di hafidz86@rajaaffiliate.com atau menghubungi terus kami di talian 012-9233056.

 

Bolehkah saya mendapatkan eBook "Raja Affiliate" ini di mana-mana kedai buku di tempat tinggal saya?
 

Jawapan : Buku "Raja Affiliate" ini adalah sebuah buku yang berbentuk digital (ebook), ia bukannya buku fizikal. Jadi, ia sememangnya tidak dijual di mana-mana kedai buku berhampiran anda.

 

Apakah itu ebook dan bagaimana bentuknya?
 

Jawapan : Ebook adalah singkatan bagi "electronic book" , ia adalah sebuah dokumen berbentuk digital yang hanya boleh di buka dan dibaca menggunakan komputer. Ia bukanlah sebuah buku fizikal seperti mana yang anda biasa lihat di kedai-kedai buku.

 

Oh! Tetapi saya tidak suka membaca menggunakan komputer, sakit mata dan saya tiada masa untuk duduk berjam-jam di depan komputer.
 

Jawapan : Untuk eBook "Raja Affiliate" ini, anda boleh mencetaknya dan membacanya pada bila-bila masa yang anda selesa tanpa perlu anda duduk menghadap komputer. Akan tetapi saya kurang menggalakkannya. Jika anda mencetaknya, maka anda perlu menyimpannya sendiri dan tidak boleh memberikan orang lain membacanya apatah lagi mengedarkannya. Ianya sama sekali melanggar hak cipta harta intelek. Sekiranya anda didapati melakukan perkara tersebut, maka anda akan didakwa mengikut undang-undang siber Malaysia. So, Awas!!.

 

Adakah komputer saya memerlukan apa-apa perisian khas untuk membuka ebook ini ?
 

Jawapan : Anda memerlukan perisian Adobe Reader untuk membaca eBook ini. Sekiranya anda tidak ada perisian tersebut di dalam komputer/ laptop anda, usah bimbang kerana kami akan memberikan link download perisian tersebut selepas anda membeli eBook ini.

 

Bagaimana jika saya tidak dapat membuka ebook tersebut?
 

Jawapan : Sila maklumkan kepada kami melalui email (hafidz86@rajaaffiliate.com) dan sertakan sekali, secara ringkas, apa masalah atau error yang anda hadapi sewaktu membuka ebook tersebut.

 

Saya ada banyak lagi soalan untuk ditanya, siapakah yang boleh saya hubungi ?
 

Jawapan : Anda boleh menghantarkan email pertanyaan anda kepada hafidz86@rajaaffiliate.com atau hubungi kami di talian 012-9233056 (Syed Hafidz). Anda juga boleh menghubungi kami menerusi ruangan support di http://RajaAffiliate.com/support.

 

Raja Affiliate Dot Com

No 8, Jln 12, Tmn Damai, Simpang Morib, 42700, Banting

Selangor Darul Ehsan

+6012-9233056

+603-31981348

 

        Laman Web Milik Syed Hafidz Al-Nashreaq

B. Ind Stats (Hons)

Universiti Utara Malaysia